PENGENALAN
Olahraga ialah satu aktiviti fizikal yang bersifat saingan. Setiap acara adalah berlainan, di mana ianya berasaskan kepada pergerakan-pergerakan semula jadi. Contoh: berlari, melompat dan membaling
SEJARAH AWAL OLAHRAGA
- Bentuk awal olahraga yang dikelolakan secara tersusun telah diketahui pada zaman klasikal terutamanya Sukan Olimpik Kuno.
- Menjadi elemen terpenting pada Sukan Olimpik Kuno.
- Permulan pada tahun 1896 iaitu Sukan Olimpik Moden pertama di Athens telah mewujudkan IAAF (Pertubuhan Olahraga Amatur Antarabangsa) pada tahun 1912.
- Seterusnya,acara olahraga telah diubahsuai dan diperkembangkan secara berterusan.
- Acara olahraga ini juga dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya dalam peningkatan keadaan fizikal individu.
ACARA OLAHRAGA
· Acara Olahraga terbahagi kepada 2 kumpulan Utama iaitu
a) Acara-acara Balapan
b) Acara-acara Padang
ACARA-ACARA BALAPAN
- Lari Pecut
a) 100 meter b) 200 meter c) 400 meter
- Lari Berganti-ganti
a) 4 x 100 m b) 4 x 200 m c) 4 x 400 m
- Lari Berpagar
a) 100 m (wanita) b) 110 m (lelaki) c) 400 m
- Lari Jarak Sederhana
a) 800 meter b) 1500 meter
5. Jarak Jauh
a)3000 meter b)5000 meter c)10000 meter
6. Berjalan Kaki
a) 20 km b) 50 km
ACARA PADANG
i.Acara Lompatan
a) Lompat Tinggi
b) Lompat Jauh
ii.Acara Balingan
a) Lempar Cakera
b) Rejam Lembing
c) Lontar Peluru
SIFAT-SIFAT OLAHRAGAWAN
1) Berdisiplin Tinggi
2) Semangat Untuk Bertanding
3) Berperibadi Mulia Dan Dihormati
4) Mempunyai Semangat Berpasukan
5) Bersemangat Tinggi Dan Tidak Mudah Kalah
6) Penyabar Dan Bertimbang Rasa
PENGLIBATAN WANITA DI DALAM OLAHRAGA
Ø Pada peringkat awal , penyertaan wanita di dalam olahraga dan sukan amnya , mendapat tentangan daripada beberapa pihak.
Ø Tetapi , lama-kelamaan, diakui bahawa penglibatan mereka adalah setanding dengan kaum lelaki.
Ø Penglibatan wanita dalam sukan khususnya olahraga tidaklah seawal penglibatan dan mengalami sejarah pahit seperti kaum lelaki.
Ø Mengikut sejarah olahragawan , wanita pada mulanya , dilarang daripada mengambil bahagian dalam acara sukan.
Ø Pelbagai andaian negatif dilemparkan kepada mereka.
Ø Malah wanita juga dilarang daripada menonton kaum lelaki mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Kuno.
Ø Ketika olahraga rancak menular ke negeri-negeri Eropah khususnya England , wanita masih dilarang mengambil bahagian di dalam acara olahraga.
Ø Persatuan Olahraga juga enggan mengatur dan menganjurkan kejohanan dan perjumpaan olahraga untuk wanita.
Ø Menyedari penglibatan dan penyertaan wanita juga perlu maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk kaum wanita ditubuhkan.
Ø Persatuan ini diberi nama FEDERATION SPORTIVE FEMININEINTERNATIONALE.
Ø Tujuan utamanya ialah untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa supaya penyertaan Sukan Olimpik dibuka juga kepada wanita yang bakal berlangsung pada 1924.
Ø Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai tetapi bukan untuk tahun 1924.
Ø Akhirnya pada tahun 1928 , wanita telah diberi peluang untuk menyertai Sukan Olimpik.
PERALATAN BEROLAHRAGA
Kasut
Kasut atau spikes merupakan peralatan terpenting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut tetapi juga untuk kegunaan dalam acara lain. Jenis kasut bergantung kepada keselesaan atlit acara individu. Bagaimanapun, biarlah daripada jenis yang ringan.
Blok Permulaan
Alat ini digunakan untuk membantu para pelari pecut membuat lonjakan yang pantas semasa memulakan larian.Biasanya pelari tidak diwajibkan menggunakan blok permulan ini, tetapi ianya diperlukan oleh kebanyakan pelari termasuk dalam perlumbaan di peringkat sekolah.
Pakaian Sukan
Pakaian yang sesuai amatlah penting kerana ianya akan memberikan keselesaan kepada atlit ketika bertanding secara tidak langsung ia juga akan mempengaruhi larian.
Peralatan Sampingan
Peralatan sampingan perlu disimpan dengan betul dan teratur di mana ianya akan memudahkan atlit untuk mengambil dan menggunakannya .Bagi peralatan ini pula haruslah mengandungi:
a) tuala
b) minyak urut
c) seluar pendk dan singlet
d) kasut jogging dan kasut lari
e) jam randik
f) barangan lain yang difikirkan perlu
LARI PECUT
Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya. Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan kekerapan langkah. Dalam pelajaran Pendidikan Jasmani, para guru hendaklah menerangkan tentang cara pergerakan yang betul kepada pelajar mereka.
Prinsip-prinsip asas larian pecut adala seperti berikut :-
a) berlari di atas hujung kaki, bukan di atas tapak kaki
b) kaki belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut
c) tangan digerakkan dengan pantas
d) leher dan bahu hendaklah dalam keadaan selesa ( tidak ditegangkan )
Teknik mulaan larian pecut
Terdapat dua teknik mulaan yang digunakan dalam acara ini, iaitu gaya berdiri dan gaya dekam.
Mulaan gaya berdiri
Gaya ini sering kali oleh pelajar semasa mereka bersedia untuk memulakan larian dari sesuatu tempat. Oleh yang demikian, adalah paling baik jika para guru memperkenalkan teknik asas mulaan gaya berdiri dalam sesi permainan kecil yang memerlukan para pelajar berlari.
Langkah-langkah
a) kaki hadapan diletakkan seberapa dekat yang boleh dengan titik atau garis mula.
b) Bengkokkan sedikit kaki hadapan.
c) Berat badan ketika membuat persediaan hendaklah terasa seperti telah terkumpul di kaki hadapan.
d) Condongkan badan ke hadapan.
e) Tangan hendaklah dalam keadaan bersedia untuk bergerak.
f) Apabila mula berlari, kaki hadapan hendaklah menolak keseluruhan bahagian badan dengan kuat.
g) Semasa berlari, peserta hendaklah berlari dengan lurus dan memandang tepat ke arah hadapan.

Mulaan gaya dekam
Pengajaran aspek ini kepada pelajar pernah dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu. Persoalan-persoalan yang timbul adalah seperti berikut :-
a) Tanpa alatan seperti kasut dan blok mulaan, bolehkah pengajaran mengenai gaya mulaan ini memberi kesan ?
b) Sejauh manakah gaya dekam ini diperlukan oleh kebanyakan pelajar memandangkan kebanyakan aktiviti dan permainan berlari hanya memerlukan mulaan gaya berdiri sahaja ?
Latihan Mulaan Gaya Dekam
Daripada kedudukan sedia dalam gaya berdiri, beri arahan kepada para pelajar supaya mereka merendahkan badan, melutut dengan kaki belakang dankedua-dua tangan mereka menyentuh tanah. Selepas itu. Mereka boleh membuat penyesuaian menurut kehndak masing-masing.

Larian pecut yang mengamalkan gaya dekan untuk lakukan mulaan. Semasa berlepas dari blok, kaki menolak dengan kuat.
Terdapat tiga jenis gaya dekam yang harus diketahui oleh para pelajar, iaitu gaya peluru ( bullet ), gaya sederhana dan gaya panjang. Bagi gaya peluru, kedua-dua belah kaki peserta dirapatkan, iaitu hujung kaki belakang ditempatkan selari dengan bahagian tumit kaki hadapan, sementara bagi gaya sederhana, lutut kaki belakang selari dengan hunung kaki hadapan. Kedua-dua gaya ini biasanya diamalkan oleh pelajar sekolah. Gaya panjang pula lebih selesa bagi peserta-peserta yang tinggi. Dalam gaya ini, lutut kaki belakang adalah selari dengan bahagian tumit kaki hadapan. Bagaimanapun kesesuaian dan keberkesanan sesuatu gaya itu dipengaruhi oleh beberapa factor. Antaranya ialah :
a) bentuk peserta ( tinggi / rendah )
b) masa tindak balas peserta
c) kekuatan kaki
d) kordinasi yang cekap
Menggunakan Blok Mulaan
Blok ini digunakan bertujuan untuk menghasilkan suatu daya tolakan yang lebih berkesan apabila pelari mula bergerak ke hadapan. Cara menyediakan blok adalah seperti berikut :
a) Jarak blok dari garis mula hendaklah memberi keselesaan, imbangan dan kecekapan meknikal kepada penggunanya ketika dalam keadaan sedia
b) Jarak antara bahagia hadapan blok dengan garis mula adalah antara 40 cm – 48 cm
c) Jarak antara bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan blok adalah bergantung kepada jenis gaya dekam yang digunakan
d) Melakukan beberapa percubaan untuk mencari kesesuaian blok dan jaraknya yang paling baik untuk pelari adalah perlu
e) Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan untuk memijak bahagian belakang blok
f) Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.


Keadaan ‘ ke garisan ‘
- Berjalan menuju ke blok dan berdiri dengan blok itu berada di bawah kedua-dua belah kaki yang dikangkangkan
- Dekam dan letakkan hujungkedua-dua belah kaki ke atas blok
- Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak antara kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dengan bidang bahu.
- Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan imbangan yang maksimum.
Keadaan ‘ sedia ‘
a) Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu
b) Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan
c) Tekankan kedua-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan
Berlepas dari blok mulaan
Ini merupakan suatu tindakan ledakan. Semasa ia dilakukan kedua-dua belah kaki pelari menolak blok dengan kuat dan pantas. Tangan pelari dihayun untuk membantu pelepasan keseluruhan badannya dari blok tadi. Bagi memastikan pelari dapat berlepas dengan pantas dan sempurna, dia mestilah melakukan pergerakan-pergerakan yang berikut :
a) Bergerak lurus ke hadapan tanpa menegakkan badan dengan serta-merta
b) Jarak langkah yang pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
Mulaan di bahagian selekoh lorong larian
Sekiranya pelari harus memulakan larian dari bahagian selekoh lorong larian, dia hendaklah memasang blok mulaan secara bersudut. Cara ini akan memboloehkan pelari tersebut bergerak dengan lurus ke bahagian dalam lorong lariannya.

MENAMATKAN PERLUMBAAN LARI PECUT
Semasa menuju ke garisan tamat, seseorang pelari tidak digalakkan melompat ke garis tersebut, sebaliknya dia hendaklah terus berlari tanpa mengurangkan kepantasannya. Amalan ini hendaklah ditegaskan oleh guru supaya para pelajar faham dengan maksud “ lari terus melintasi garis tamat “. Biasanya dalam perlumbaan lari pecut, apabila tiba di garis tamat, pelariakan mendepakan tangannya ke belakang dan badannya pula ( bahagian torso ) digerakkan ke hadapan. Ada juga sesetengah pelari yang menamatkan lariannya dengan gaya menundukkan bahagian kepalanya apabila tiba di garisan penamat.

KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN OLEH PELAJAR SEMASA BERLARI PECUT
Rajah-rajah berikut menunjukkan kesalahan-kesalahan tersebut :

LATIHAN UNTUK LARI PECUT
Aktiviti-aktiviti berikut boleh dijalankan sebagai aktiviti memanaskan badan di bahagian awal sesuatu pelajaran olahraga. Selain itu, guru boleh juga memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang serupa untuk memperkukuh lagi pembelajaran para plajar.
a) Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas.
b) Lari pecut sejauh 20 – 30 meter secara berulang-ulang.
c) Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya sebelum sampai di tandaan 30 meter.
d) Berlari anak dan dengan pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30 -50 meter.
e) Lari kutip mata ( lari ulang-alik )
ACARA 200 METER
Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal. Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh. Untuk acra 200 meter atlit mesti memperoleh teknik larian yang betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan berlari pada bahagaian selekoh.
Oleh kerana akan berlari di bahagian selekoh, blok-blok mulaan akan di tempatkan berhampiran garisan luar yang membatasi lorong larian, supaya mengikut satu trajektori permulaan yang bertangen pada selekoh; iaitu 5 – 6 meter melepasi garisan.

BERLARI ATAS SELEKOH
1) Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan(centrifugal force) mudah menyebabkan atlit tergelincir keluar,
2) Untuk mengatasi gaya ini, atlit akan condong ke selekoh dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.
3) Ini akan menolong badan atlit bergerak dalam gaya yang lebih berkoordinasi.
BERLARI DI LORONG LURUS
1) Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada bahagian lorong lurus.
2) Lebih kurang antara 80 – 120 meter dari garisan permulaan, iaitu di antara garisan selekoh dan bahagian lurus atlit akan mencapai puncak kelajuannya.
3) Atlit harus mengekalkan posisi larian yang betul di bahagian selekoh dengan bahu kiri sedikit mendahului bahu kanan supaya atlit tidak tergelincir tetapi dapat berlari dengan bersahaja menuju ke lorong lurus dan mengekalkan kelajuan yang telah dicapai.
LATIHAN DAN AKTIVITI UNTUK LARI PECUT
Aktiviti yang boleh dilakukan untuk memanaskan badan di bahagian awal suatu pelajaran olahraga. Antaranya:
a. Lari setempat, angkat lutut tinggi-tinggi dan gerakkan tangan dengan pantas.
b. Lari pecut sejauh 20-30 meter secara berulang-ulang.
c. Lari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit mana-mana bahagian badannya sebelum sampai di tandaan 30 meter.
d. Berlari anak dengann pantas tukar kepada lari pecut sejauh 30-50 meter.
e. Lari kutip mata (lari ulang-alik)
f. Latihan lari sejauh 30 meter.Beri perhatian kepada pergerakkan tangan, kedudukan kepala dan sebagainya.
g. Latihan berlari di bahagian selekoh.Condongkan badan sedikit ke dalam, iaitu ke arah lorong. Hayunkan tangan melintasi badan.
ACARA 400 METER
Acara 400 meter juga diklasifikasikan sebagai lari pecut kerana ia masih memerlukan keupayaan atlit mencapai puncak kelajuan. Dalam acara 400 meter pelari-pelari berlari dalam satu pusingan trek.
BERLARI DALAM ACARA 400 METER
1) Teknik untuk larian 400 meter adalah berbeza dengan larian yang digunakan oleh atlit dalam jarak yang lebih pendek.
2) Langkah pelari 400 meter harus panjang dan kendur dengan usahanya bertambah secar beransur-ansur.
3) Perlumbaan 400 meter bermula di atas selekoh, oleh itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan suatu kelajuan tinggi yang tertentu dalam jarak 100 meter yang awal.
4) Usaha harus bertambah secara beransur-ansur supaya kelajuan maksimum dicapai dalam bahagian kedua di lorong lurus yang pertama (di antara 150 meter dan 200 meter).
5) Atlit kemudiannya memasuki selekoh kedua dengan langkah terkawal.
Atlit hendaklah menumpukan perhatian supaya tidak kehilangan kelajuan dan berusaha mengekalkannya walaupun ini amat sukar dilakukan.
LARI BERPAGAR
KEMAHIRAN LARI BERPAGAR
Bagi acara ini, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan semasa berada di antara pagar-pgar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini, dia dapat melenturkan badannya secara automatik semasa membuat lompatan.
Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar ini di peringkat awalan, para guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini akan membantu para pelajar mempelajari asas-asas lari berpagar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai pula dengan kemampuan mereka. Di samping itu, cara pengajaran ansur maju juga dapat menyemaikan sifat-sifat keyakinan diri di kalangan pelajar.

LATIHAN ANSUR MAJU LARI BERPAGAR
Teknik
(a) Menuju pagar pertama
i. Bilangan langkah larian hendaklah tetap.
ii. Berlari dengan pantas (lari pecut)
iii. Jangan melonjak terlalu hampir dengan pagar kerana cara ini boleh menyebabkan peserta melompat terlalu tinggi semasa melepasi pagar.
(b) Melepasi pagar
i. Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan.
ii. Bongkokkan badan ke hadapan.
iii. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu.
iv. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar.
v. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).
(c) Berlari di antara pagar
i. Bilangan langkah hendaklah sama.
ii. Berdiri lurus dan mata mestilah melihat pagar yang berada di hadapan.
(d) Mengakhiri larian
i. Gaya yang sama dengan gaya untuk lari pecut jarak dekat.
Kesalahan Teknik
(a) Peserta melompat pagar mengikut gaya gunting dalam acara lompat tinggi.
(b) Bilangan langkah larian antara pagar tidak sama.
(c) Ketika cuba melepasi pagar, peserta melonjak terlalu dekat dengan pagar.
(d) Melepasi pagar dengan badan tegak.
(e) Kaki belakang tidak ditarik dengan pantas ke hadapan semasa melepasi pagar.
Peraturan Asas bagi Perlumbaan Lari Berpagar
(a) Peserta hendaklah mengikut lorong masing-masing.
(b) Blok mulaan atau alat berlepas mestilah digunakan pada masa pertandingan.
(c) Peserta dikehendaki melangkah pagar melalui bahagian atasnya.
Jarak dan Ukuran Pagar untuk Pertandingan Olahraga
Acara | Tinggi pagar | Bilangan pagar | Jarak pagar 1 dari garis mula | Jarak antara pagar | Jarak pagar ke garis tamat |
100 meter (W) 400 meter (W) 110 meter (L) 200 meter (L) 400 meter (L) | 0.840 meter 0.762 meter 1.067 meter 0.762 meter 0.914 meter | 10 10 10 10 10 | 13 meter 45 meter 13.72 meter 18.29 meter 45 meter | 8.5 meter 35 meter 9.14 meter 18.29 meter 35 meter | 10.5 meter 40 meter 14.02 meter 17.10 meter 40 meter |
LARI BERGANTI-GANTI
Kebanyakan kanak-kanak memang tertarik kepada perlumbaan lari berganti-ganti. Oleh itu, motivasi atau keinginan mereka untuk mengambil bahagian dalam pelajaran yang memerlukan mereka lari berganti-ganti tidak akan menjadi masalah. Perhatian utama guru hendaklah diberi kepada pengajaran pertukaran baton yang cekap dan pemahaman prinsip-prinsip asas dalam perlumbaan lari bergnti-ganti. Para pelajar sekolah hendaklah didedahkan kepada teknik asas memberi dan menerima baton. Peluang pembelajaran ini akan menambahkan lagi keyakinan dan keseronokan mereka apabila mereka mengambil bahagian dalam latihan olahraga.

TEKNIK PENUKARAN BATON
Dalam teknik penukaran baton, terdapat 2 gaya yang digunakan iaitu gaya selang seli tanpa pandang dan gaya selang seli cara pandang.
GAYA SELANG SELI TANPA PANDANG
Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100 m. Mengikut gaya ini pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan. Semasa menerima baton, pelari tidak menoleh ke belakang. Pelari yang sedang menunggu akan mula berlari sebaik sahaja pembawa baton sampai di tandaan. Dalam rajah di atas, pelari yang membawa baton memberi isyarat supaya pelari yang berada di hadapannya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Pada masa yang tepat baton itu diletakkan ke dalam tangan penerima. Perhatikan tangan mana yang digunakan untuk menghantar baton tangan mana pula yang menerimanya.
GAYA SELANG SELI CARA PANDANG
Gaya ini diberi nama gaya pandang kerana semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Adalah menjadi tugas pembawa baton untuk meletakkan baton ke dalam tangan penerima.
CARA MEMBERI BATON
a) Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton
b) Beri isyarat kepada penerima
c) Hulurkan baton dengan tangan yang lurus
d) Perhatikan tangan pnerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya
CARA MENERIMA BATON
a) Selalu berada dalam keadaan sedia
b) Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton
c) Sediakan tandaan. Berlepaslah dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai di tandaan itu. Janagn menoleh ke belakang semasa berlari ( gaya tanpa pandang )
d) Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang sedang membawa baton
e) Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya
LATIHAN ANSUR MAJU PENUKARAN BATON
a) Latihan statik – berpasangan
Latihan ini melibatkan 2 peserta. Peserta A berdiri lebih kurang satu menter di belakang peserta B. Peserta A memberi isyarat kepada peserta B dan peserta B menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Peserta B kemudiannya menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja peserta A menepuknya dengan tangan kiri. Lakukan Latihan ini secara berulang-ulang.
b) Ulang latihan statik di atas dengan menggunakan baton
c) Latihan bergerak – berpasangan
Latihan ini juga memerlukan dua peserta dan ia dilakukan sambil berlari anak ( jogging ). Peserta A akan berlari ke hadapan peserta B setelah memberi baton kepadanya. Peserta B pula menghantar baton kepada peserta A.
d) Latihan bergerak - berpasangan
Asingkan kedudukan kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 m. peserta A berlari dan apabila dia sampai di tandaan, peserta B pula mula berlari. Peserta A terus mengejar peserta B untuk memberi baton kepadanya
Rekod-Rekod kejohanan
REKOD KEBANGSAAN – LELAKI
(Sehingga 31.05.2010)
ACARA | REKOD | NAMA | NEGERI | TEMPAT KEJOHANAN | TARIKH |
100 meter | 10.30s | Watson Nyambek | Sarawak | Bukit Jalil | 15.07.1988 |
200 meter | 20.92s | Dr. M. Jegathesan | Selangor | Mexcio City | 15.10.1968 |
400 meter | 46.41s | Mohd Zaiful Z. Abidin | K.Lumpur | Brunei DS | 20.07.2001 |
800 meter | 1:47.37s | B. Rajakumar | Selangor | Jakarta | 26.09.1985 |
1500 meter | 3:45.70s | M. Vadivelan | Perak | Korat | 12.11.2007 |
5000 meter | 14:06.84s | M. Ramachandran | Johor | Troisdorf, GER | 08.05.1994 |
10000 meter | 29:30.19s | M. Ramachandran | Johor | Victoria, CAN | 27.08.1994 |
Maraton | 2:29.27s | K. Baskaran | Penang | Singapore | 12.02.2001 |
110 m LP | 13.73s | Nur Herman Majid | Singapura | Hiroshima | 15.10.1994 |
400 m L/P | 51.28s | Shahdan Jamaludin | K.Lumpur | Manila | 29.11.2005 |
3000 m L/B | 8:59.10s | N. Shanmuganathan | Selangor | Bukit Jalil | 17.09.1998 |
L. Tinggi | 2.27m | Lee Hup Wei | Selangor | Beijing | 25.05.2008 |
L. Bergalah | 5.00m | Teh Weng Chang | Perak | K. Lumpur | 24.03.2002 |
Lompat Jauh | 7.88m | Josbert Tinus | Sabah | Thailand | 10.05.2007 |
Lompat kijang | 16.29m | Mohd Zaki Sadri | Perak | K. Lumpur | 21.08.1989 |
L/Peluru | 17.18m | Adi Alifuddin Husin | Trengganu | Taipei | 29.05.2010 |
L/Cakera | 47.33m | Ngu Kit Min | Sarawak | P. Pinang | 19.09.2006 |
L/Tukul Besi | 58.52m | Wong Tee Kui | Sarawak | Singapore | 09.05.1993 |
M. Lembing | 73.34m | Mohd Yazid Imran | Johor | Singapore | 09.02.1995 |
10km J/K (R) | 42:36.00s | Teoh Boon Lim | P.Pinang | Einsenhittenstadt, GER | 05.11.1996 |
20km J/K (R) | 1:24.50s | Narinder Singh | Selangor | Prague, CZE | 19.04.1997 |
50km J/K (R) | 4:10.05s | G. Saravanan | P.Pinang | K. Lumpur | 21.09.1998 |
10000m J/K(T) | 43:03.2s | R. Mogan | Ng Sembilan | Seremban | 05.10.1997 |
20000m J/K(T) | 1:30.43s | B. Thirukumaran | K.Lumpur | Kangar | 03.02.1997 |
4x100m | 39.83s | Pasukan Malaysia – Watson Nyambek, Azmi Ibrahim, Nazmizan Muhamad, R. Ganeshwaran | K.Lumpur | K. Lumpur | 15.09.2001 |
4x400m | 3:06.69s | Pasukan Malaysia – Azhar Hashim, Mohd Yazid Parlan, V. Samson, Nordin Jadi | K.Lumpur | K. Lumpur | 23.10.1991 |
Decathlon 6989mata Mohd Malik Tobias Melaka Brunei 08/09/1999 100m: 11.53s, 400m: 54.18s, 1500m: 5:52.78s, 110m L/P: 15.24s, L/Jauh: 7.21m, L/Tinggi: 2.05m, L/Bergalah: 4.60m, L/Peluru: 13.57m, L/Cakera: 39.53m, M/Lembing: 63.10m | |||||
Pentathlon 2657mata Pok Chee Sing N. Sembilan K. Lumpur 08/01/1998 6.39-41, 92-24, 37-27, 01-5, 15.48 | |||||
REKOD KEBANGSAAN – WANITA
(Sehingga 31.05.2010)
ACARA | REKOD | NAMA | NEGERI | TEMPAT KEJOHANAN | TARIKH |
100 meter | 11.50s | G. Shanti | Selangor | K. Lumpur | 07.05.1993 |
200 meter | 23.37s | G. Shanti | Selangor | Fukuoka | 22.07.1998 |
400 meter | 52.56s | Rabia Abdul Salam | P. Pinang | Manila | 12.03.1993 |
800 meter | 2:07.44s | Josephine Mary | P. Pinang | Seoul | 30.09.1986 |
1500 meter | 4:23.49s | P. Jayanthi | Pahang | New Delhi | 14.09.1993 |
3000 meter | 9:18.42s | P. Jayanthi | Pahang | Stuttgart, GER | 14.08.1993 |
5000 meter | 16:18.12s | Yuan Yu Fang | China | Jakarta | 13.10.1997 |
10000 meter | 33:50.80s | P. Jayanthi | Pahang | Bruxelles, BEL | 16.07.1994 |
Maraton | 2:49.28s | Yuan Yu Fang | China | K. Lumpur | 30.04.2002 |
100 m LP | 13.27s | Moh Siew Wei | Pahang | Kassel | 06.11.2004 |
400 m L/P | 56.02s | Norasheela Khalid | Selangor | Regendburg | 17.06.2006 |
3000 m L/B | 11:04.14s | Melinder Kaur | Penang | Bukit Jalil | 01.08.2009 |
L. Tinggi | 1.78m | Shabana Khanum Jalal Din | Georgetown | Bangkok | 04.05.2005 |
L. Bergalah | 4.40m | Roslinda Samsu | Kedah | Spain | 07.10.2006 |
Lompat Jauh | 6.27m | Ngew Sin Mei | K. Lumpur | Manila | 27.11.2005 |
Lompat kijang | 13.74m | Ngew Sin Mei | K. Lumpur | Bukit Jalil | 09.10.2004 |
L/Peluru | 14.41m | Lee Chew Har | Sarawak | K. Lumpur | 15.07.1989 |
L/Cakera | 46.66m | Yap Jeng Tzan | Ng Sembilan | Terengganu | 06.04.2008 |
L/Tukul Besi | 57.55m | Tan Song Hwa | Pahang | Taipei | 29.05.2010 |
M. Lembing | 47.50m | Norsham Yoon | Selangor | K. Lumpur | 23.08.1989 |
5000m J/K (T) | 21:30.9s | Yuan Yu Fang | China | K. Lumpur | 03.08.1998 |
10000m J/K (T) | 45:22.05s | Yuan Yu Fang | China | Brunei | 08.09.1999 |
20000m J/K (T) | 1:39.58.0s | Yuan Yu Fang | China | Bukit Jalil | 04.04.1999 |
10km J/K(R) | 45:27.00s | Cheng Tong Lean | Kedah | Prague | 20.04.1997 |
20km J/K(R) | 1:32.25s | Yuan Yu Fang | China | Manila | 23.09.2003 |
4x100m | 45.37s | Pasukan Malaysia – Anita Ali, G. Shanti, Sajaratuldur Hamzah, Mumtaz Jaafar | K.Lumpur | K. Lumpur | 24.08.1989 |
4x400m | 3:35.83s | Pasukan Malaysia – R. Shanti, Josephine Mary, G. Shanti, Rabia Abd Salam | Singapore | 17.06.1993 | |
Heptathlon 5175mata Zaiton Othman P. Pinang Manila 11-12.12.1981 200m: 25.96s, 800m: 2:23.26s 100m L/P: 14.70s, L/Jauh: 5.58m, L/Tinggi: 2.05m, L/Tinggi: 1.67m, L/Peluru: 9.39m, M/Lembing: 40.80m | |||||
No comments:
Post a Comment